Friday, June 11, 2010

belia inovatif

Apa pesanan saya kepada kerajaan?

Saya harap pihak kerajaan telah menyedari betapa besarnya pengaruh BLOG kepada generasi sekarang terutamanya generasi muda belia. BLOG telah menjadi satu trend dan seterusnya boleh menjadi satu platform kepada perkongsian ilmu pengetahuan, pertukaran idea dan pengalaman kepada anak-anak muda yang ingin menjadikan industri kreatif sebagai pendapatan utama.

Kini, banyak blog yang mengongsikan cara-cara untuk menjanakan duit dari blog dan juga cara untuk menghasilkan entri-entri yang menarik agar terus menarik pengunjung. Ini sekaligus menanamkan kreativiti di kalangan Blogger dari segi pengisian blog dan juga rekabentuk blog itu sendiri.

Selain itu, rangkaian kenalan maya telah bertambah. Malah, ada yang mula menampakkan diri mereka di alam realiti apabila turut menyertai aktiviti-aktiviti anjuran syarikat pengiklan blog terbesar Malaysia iaitu NUFFNANG. Alangkah baiknya jika kerajaan dapat membuat program-program yang melibatkan bloggers seumpamanya pada masa hadapan.

Sempena Hari Belia 2010, banyak program yang telah disusun khas contohnya Karnival Sukan seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball, Karnival Remaja, Karnival Belia, Expo dan Pameran Kerjaya, Karnival Rakan Muda dan Jambori Pengakap.



Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan ”Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara” akan bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Putrajaya dan acara kemuncak sambutan pada 15 Mei di PICC, Putrajaya ialah Perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

No comments:

Post a Comment