Friday, June 11, 2010

perjuangan melayu belum berakhir

Apakah rakyat, terutama orang Melayu, sudah cukup selesa apabila ditegaskan lagi bahawa mulai tahun 2012, iaitu kira-kira setahun setengah daripada sekarang, akan dilaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Perhatikan apabila ada kenyataan umum tentang perkara ini, pihak kerajaan akan menyebut sekali tentang meningkatkan bahasa Inggeris.



Sebabnya tak lain dan tak bukan masih ramai yang menentang penggunaan Bahasa Melayu dalam dua mata pelajaran ini, walaupun sejak tahun 1970 hingga 2002 (30 tahun lebih) bahasa Melayu itulah yang digunakan di sekolah-sekolah dan kemudian melahirkan jutaan graduan.



Ini semua menunjukkan betapa hebatnya kesan penyingkiran dan penentangan terhadap Bahasa Melayu yang tersemai apabila mantan PM, Mahathir Muhammad, mencabut martabat bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan kebangsaan.



Kaum dan kelompok yang anti bahasa orang Melayu, yang gila dan taksub akan mitos bahawa bahasa Inggeris adalah kunci bagi segala kemodenan, kemajuan dan kesejahteraan akal budi manusia, berkeras dan tak habis-habis mengkritik apabila Menteri Pendidikan baru , Muhyiddin Yassin, mengumumkan pembatalan PPSMI.



Malangnya masih ramai pegawai birokrat dan pemimpin politik Melayu masih menunjukkan ketakutannya terhadap pengkritik-pengkritik bahasa Melayu ini sehingga apabila hendak menyebut tentang memartabatkan bahasa Melayu dalam sains dan matematik , tak habis-habis menyebut juga untuk meningkatkan bahasa Inggeris.



Lihat betapa nipis dan dangkalnya perasaan serta keyakinan diri mereka sebagai penegak kedaulatan bahasa Melayu. Apa yang telah terjadi kepada semangat kebangsaan dan perjuangan masyarakat yang bernama Melayu???
sumber: klik di sini

mutiara islam tentang cinta

Ditulis oleh alhabib Pada February - 14 - 2010

Kata cinta, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, merupakan wakil dari perasaan kasih, sayang, atau rindu yang sangat dalam. Namun dalam konteks atau kadar kalimat tertentu, ia bisa juga mewakili perasaan sedih.

Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta bisa seperti yang terurai dalam sebait sajak dari film laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Namun demikian, cinta pun bisa menghasilkan perubahan yang sebaliknya: mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya.

Hal yang demikian bisa terjadi karena cinta bersemayam di dalam hati yang bersifat labil. Seperti sabda Rasulullah saw. hati itu bersifat gampang terbolak-balik bagaikan bulu yang terombang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang senantiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun bisa mewujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina.

Bagi seorang muslim dan beriman, cnta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan karena menggapai ridha-Nya.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)

Kata-kata mutiara tentang cinta
Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Hamka

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.

Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

Ali bin Abi Thalib

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

A’idh Al-Qorni

Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga bisa kita ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.
klik di sini


belia inovatif

Apa pesanan saya kepada kerajaan?

Saya harap pihak kerajaan telah menyedari betapa besarnya pengaruh BLOG kepada generasi sekarang terutamanya generasi muda belia. BLOG telah menjadi satu trend dan seterusnya boleh menjadi satu platform kepada perkongsian ilmu pengetahuan, pertukaran idea dan pengalaman kepada anak-anak muda yang ingin menjadikan industri kreatif sebagai pendapatan utama.

Kini, banyak blog yang mengongsikan cara-cara untuk menjanakan duit dari blog dan juga cara untuk menghasilkan entri-entri yang menarik agar terus menarik pengunjung. Ini sekaligus menanamkan kreativiti di kalangan Blogger dari segi pengisian blog dan juga rekabentuk blog itu sendiri.

Selain itu, rangkaian kenalan maya telah bertambah. Malah, ada yang mula menampakkan diri mereka di alam realiti apabila turut menyertai aktiviti-aktiviti anjuran syarikat pengiklan blog terbesar Malaysia iaitu NUFFNANG. Alangkah baiknya jika kerajaan dapat membuat program-program yang melibatkan bloggers seumpamanya pada masa hadapan.

Sempena Hari Belia 2010, banyak program yang telah disusun khas contohnya Karnival Sukan seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball, Karnival Remaja, Karnival Belia, Expo dan Pameran Kerjaya, Karnival Rakan Muda dan Jambori Pengakap.



Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan ”Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara” akan bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Putrajaya dan acara kemuncak sambutan pada 15 Mei di PICC, Putrajaya ialah Perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

afrika selatan tetap puas hati

Tshabalala jaring gol pertama, Marquez penyelamat Mexico

JOHANNESBURG: Siphiwe Tshabalala mencipta bangga buat diri selaku penjaring pertama dalam Piala Dunia 2010 tetapi sumbangan itu belum cukup untuk Afrika Selatan yang berwajah muram selepas seri 1-1 ketika menentang Mexico dalam perlawanan pembukaan, malam tadi. Tshabalala merembat masuk sepakan padu kaki kiri pada minit ke-55 melepasi jangkauan penjaga gol Mexico, Oscar Perez tetapi pemain pelawat, Rafael Marquez menafikan pesta untuk tuan rumah dengan jaringan penyamaan 11 minit sebelum tamat permainan di Stadium Soccer City yang disaksikan lebih 85,000 penonton. Afrika Selatan nyaris hadir untuk mendapat gol kemenangan pada minit ke-90 apabila Katlego Mphela terkena tiang gol lawan selepas dia berjaya memperdayakan dua pemain pertahanan lawan.

Apapun, Afrika Selatan jelas tertekan dengan asakan Mexico yang membuat kemunculan ke-14 dalam Piala Dunia apabila mendominasi dan mencipta peluang lebih baik pada 45 minit pertama.

Selepas rehat, jalan ceritanya berbeza dengan tuan rumah berjaya mendapat suntikan semangat dan inspirasi penyokong mereka yang enggan menerima kekalahan di bumi sendiri. - Agensi
sumber: klik di sini