Friday, June 11, 2010

perjuangan melayu belum berakhir

Apakah rakyat, terutama orang Melayu, sudah cukup selesa apabila ditegaskan lagi bahawa mulai tahun 2012, iaitu kira-kira setahun setengah daripada sekarang, akan dilaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Perhatikan apabila ada kenyataan umum tentang perkara ini, pihak kerajaan akan menyebut sekali tentang meningkatkan bahasa Inggeris.



Sebabnya tak lain dan tak bukan masih ramai yang menentang penggunaan Bahasa Melayu dalam dua mata pelajaran ini, walaupun sejak tahun 1970 hingga 2002 (30 tahun lebih) bahasa Melayu itulah yang digunakan di sekolah-sekolah dan kemudian melahirkan jutaan graduan.



Ini semua menunjukkan betapa hebatnya kesan penyingkiran dan penentangan terhadap Bahasa Melayu yang tersemai apabila mantan PM, Mahathir Muhammad, mencabut martabat bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan kebangsaan.



Kaum dan kelompok yang anti bahasa orang Melayu, yang gila dan taksub akan mitos bahawa bahasa Inggeris adalah kunci bagi segala kemodenan, kemajuan dan kesejahteraan akal budi manusia, berkeras dan tak habis-habis mengkritik apabila Menteri Pendidikan baru , Muhyiddin Yassin, mengumumkan pembatalan PPSMI.



Malangnya masih ramai pegawai birokrat dan pemimpin politik Melayu masih menunjukkan ketakutannya terhadap pengkritik-pengkritik bahasa Melayu ini sehingga apabila hendak menyebut tentang memartabatkan bahasa Melayu dalam sains dan matematik , tak habis-habis menyebut juga untuk meningkatkan bahasa Inggeris.



Lihat betapa nipis dan dangkalnya perasaan serta keyakinan diri mereka sebagai penegak kedaulatan bahasa Melayu. Apa yang telah terjadi kepada semangat kebangsaan dan perjuangan masyarakat yang bernama Melayu???
sumber: klik di sini

No comments:

Post a Comment