RUSTENBURG: Pengadil dari Brazil dan pembantunya yang bakal mengadili perlawanan Piala Dunia di antara England menentang Amerika Syarikat, esok mempelajari kata-kata kesat Bahasa Inggeris yang mungkin digunakan pemain.
Carlos Simon yang mengadili perlawanan di Rustenburg dan dibantu Roberto Braatz dan Altemir Hausmann akan memastikan tidak ada pemain terlepas daripada sebarang penyalahgunaan. Hausmann memberitahu penyampai Brazil, Globo Sport: “Kami perlu mempelajari pelbagai perkataan yang digunakan pemain. Semua pemain selalu menyumpah dan kami tahu kita akan mendengarnya nanti.” Braatz berkata mereka tidak mempelajari semua 11 bahasa berbeza namun sekurang-kurangnya mereka perlu mengetahui kata-kata kesat berbahasa Inggeris.
Wayne Rooney digantung semasa perlawanan pemanas badan England menentang kelab Platinum Stars dari Afrika Selatan pada Isnin lalu kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil. – AP
klik di sini
No comments:
Post a Comment