Friday, June 11, 2010

Maradona guna tiga penyerang berbisa???

2010/06/11
PRETORIA: Pengendali Argentina, Diego Maradona dijangka sudah memutuskan untuk menggunakan khidmat gandingan serangan – Carlos Tevez, Lionel Messi dan Gonzalo Higuain dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan sulung Piala Dunia bertemu Nigeria, esok.

Kebanyakan wartawan membuat andaian melalui dua sesi perlawanan latihan kelmarin di mana pegawai rasmi pasukan mengatakan Higuain dan Javier Mascherano melengkapkan kemenangan 2-0 menentang pasukan simpanan Argentina dan pada perlawanan lain, pasukan simpanan menumbangkan skuad remaja kebangsaan 1-0, menerusi jaringan Sergio Aguero. Argentina diletak sebagai pilihan menjuarai kumpulan B yang turut dihuni Greece dan Korea Selatan dan Maradona dilihat bakal menurunkan skuad yang dibarisi; Sergio Romero (penjaga gol) yang juga bakal dikawal ketat pertahanan Gabriel Heinze, Martin Demichelis dan Walter Samuel manakala bahagian tengah, Jonas Gutierrez, Angel Di Maria, Mascherano dan Juan Sebastian Veron yang disusuli serangan tiga serangkai. Heinze berkata keputusan itu bakal menyatukan skuad Argentina dan menamatkan sebarang keraguan serta perbalahan yang berlaku ketika sesi kelayakan apabila Maradona menggunakan 107 pemain dalam usaha mencari 11 pemain terbaiknya.

“Kami semua berada dalam keadaan terbaik tanpa sebarang masalah dan bersemangat untuk beraksi di padang,” kata Heinze. “Kami sudah melalui sesi latihan pada tahap yang terbaik dan kami akan dapat menyaksikannya pada Sabtu ini,” katanya bagi menyuraikan sebarang keraguan ketika menentang skuad pantas, Nigeria.

“Nigeria akan meletakkan banyak tekanan kepada kami dan mereka cukup agresif dengan pemain yang memiliki tempo yang pantas. Kami mengenali ramai daripada mereka yang beraksi di beberapa kelab Eropah.”

Penyandang dua kejuaraan Piala Dunia ini membelasah Canada 5-0 dalam aksi pemanas badan terakhir dan berangkat ke Afrika Selatan pada 24 Mei dari Buenos Aires.
Jika Argentina berjaya membawa pulang Piala Dunia ketiga tahun ini, Maradona berjanji untuk melakukan larian bogel mengelilingi Obelisk yang masyhur di pusat bandar Buenos Aires. – AP

pengadil belajar bahasa kesat

RUSTENBURG: Pengadil dari Brazil dan pembantunya yang bakal mengadili perlawanan Piala Dunia di antara England menentang Amerika Syarikat, esok mempelajari kata-kata kesat Bahasa Inggeris yang mungkin digunakan pemain.

Carlos Simon yang mengadili perlawanan di Rustenburg dan dibantu Roberto Braatz dan Altemir Hausmann akan memastikan tidak ada pemain terlepas daripada sebarang penyalahgunaan. Hausmann memberitahu penyampai Brazil, Globo Sport: “Kami perlu mempelajari pelbagai perkataan yang digunakan pemain. Semua pemain selalu menyumpah dan kami tahu kita akan mendengarnya nanti.” Braatz berkata mereka tidak mempelajari semua 11 bahasa berbeza namun sekurang-kurangnya mereka perlu mengetahui kata-kata kesat berbahasa Inggeris.

Wayne Rooney digantung semasa perlawanan pemanas badan England menentang kelab Platinum Stars dari Afrika Selatan pada Isnin lalu kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil. – AP
klik di sini

Demam gila bola bermula



PENYOKONG tuan rumah sudah bersedia meniup semangat skuad Bafana Bafana yang membuka gelanggang bertemu Mexico, hari ini. - Foto AFPCAPE TOWN: Sejak enam tahun lalu, Afrika Selatan mula menghitung setiap jam untuk membuat persiapan menjelang bermula sepak mula bersejarah Piala Dunia. Ramai rakyatnya yang bimbang negara itu tidak akan bersedia, dengan timbul cakap-cakap tahun lalu supaya kejohanan itu berpindah ke negara lain.
Tidak syak lagi, ia menjadi ujian persiapan, dengan kebimbangan terhadap jenayah, infrastruktur pengangkutan, penginapan dan kawalan keselamatan tetapi selepas enam tahun diberikan hak penganjuran buat kali pertama di bumi Afrika, Afrika Selatan semakin hampir memenuhi tanggungjawab.
Pasukan terakhir daripada 32 negara yang mengambil bahagian, sudah tiba menjelang perlawanan pembukaan hari ini dan berbilion peminat seluruh dunia sudah bersiap sedia untuk berpesta selama sebulan sambil menyokong dan menyaksikan bintang kegemaran mereka. Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter berkata, masanya sudah tiba untuk fokus dan merasai demam bola sepak. “Kami dapati kami berada dalam situasi yang sukar digambarkan. Lebih penting, kejohanan ini akan menjadi bukti bahawa Afrika Selatan dan benua Afrika mampu menganjurkan acara yang sebegini besar.” Tiga tahun selepas pusingan kelayakan yang membabitkan 204 negara, perlawanan pembukaan di antara tuan rumah dengan Mexico akan bermula di stadium berkapasiti 90,000 tempat duduk - Soccer City di Johannesburg. - AFP